Sunday, August 29, 2010

Telaga Takaful Idris now serving Brgy Kiniputan, Datu Odin Sinsuat, Maguindanao




Musallah near the Telaga


Telaga Napisah now serving Brgy Mac Arthur, Datu Odin Sinsuat, Maguindanao

Telaga Napisah is constructed near a Musalla.





Telaga Amina now serving Poblacion Dalican, Datu Odin Sinsuat, Maguindanao

Telaga Aminah is now serving a community near a mosque and the mosque followers themselves. The water pump was purposely raised so that water can be collected easily in the water tank.




Thursday, August 26, 2010

Jejak Sumur Kemboja (3)

Dzulkifli yang baju berlengan pendek itu.

Bertemu "Said Al-Ghamidi" Kampung Khlangsbak.

Malam pertama itu, kami bertarawih di surau diimamkan oleh seorang imam muda, anak murid ustaz yang bernama Dzulkifli yang baru sahaja berumur 17 tahun. MasyaAllah, suaranya merdu sekali. Sejuk hati saya mendengarnya. Bagi saya suara beliau hampir-hampir menyamai Sheikh Said Al-Ghamidi! Sedap betul. Terasa macam kat masjid Nabi di Madinah pulak. Rupa-rupanya kat kampung ni pun ada clone AlGhamidi! Namun, yang menarik perhatian saya ialah 'kejernihan' suaranya yang tentunya datang dari hati yang suci dan tidak tercemar.

Yang lebih menarik lagi selepas 8 rakaat tarawikh, Dzulkifli juga yang memberi tazkirah kepada kami para jamaah! Kalau dari pemerhatian saya dia ni semacam sudah biasa memberi tazkirah atau ceramah. Tak nampak gugup. MasyaAllah... ini hasil usaha gigih tarbiyyah ustaz.

Esoknya selesai sahaja solat subuh, saya mengambil peluang untuk bersembang dan beramah mesra dengan beliau. Kata ustaz, Dzulkifli ni dari keluarga yang susah dan bermasalah. Ayahnya kurang prihatin terhadap keluarga dan ibunyalah yang menguruskan segala urusan rumahtangga. Namun, dia tidak terkesan dengan keadaan tersebut kerana minatnya terhadap agama sangat tinggi sekali. Di mana-mana sahaja dia menyarung headphone di telinganya mendengarkan bacaan mp3 surah-surah alQuran oleh qari-qari terkenal seperti Al-Ghamidi, Mahmud Khusairy, dll. dari handphonenya. Kami pun berkata kepada ustaz yang kalau dia ni datang ke Malaysia pada bulan Ramadan, insyaAllah senang-senang RM 2-3 ribu boleh dapat dengan hanya dengan menjadi imam tarawikh dengan kualiti suara beliau. Orang Malaysia ni memang suka imam-imam muda yang sedap bacaannya. Tambahan pula dia dari Kemboja, tentunya hati para-para jamaah lebih lembut terhadap beliau.

Tiba-tiba saya mendapat satu idea. Saya kata, "Ustaz, izinkan saya merakam bacaan Dzulkifli. InsyaAllah saya akan bawa video ini ke Darul Quran mudah-mudahan mereka menerima dia sebagai pelajar. Manalah tahu ada rezeki nanti... Dengar cerita Pengetua Darul Quran tu sahabat kita". Ustaz pun bersetuju dan kamipun membuat rakaman. Sila lihat klik video untuk mendengar suaranya . Maaflah, saya tidak tahu nak menegakkan video itu, ambil suaranya ajelah ya... :-). Ada 3 lagi video remaja kampung itu yang membaca alQuran yang kami ambil mudah-mudahan mereka pun dapat masuk juga ke Darul Quran. Suara mereka memang sedap juga tetapi tidak setanding Dzulkifli.


Kami sama-sama berharap dengan video ini (dan satu lagi video selama 20 minit) cukup sebagai c.v. awal beliau untuk memohon ke Darul Quran atau institusi yang sewaktu dengannya. Ada juga idea dari saya, "kita tunjuk video ni kepada Pak-pak Arab melalui Jo sahabat saya yang banyak contact dengan Pak-pak Arab kaya, tentu mereka cair punya insyaAllah..., ana sendiri pun rasa nak menangis dengar dia baca Quran.. ", kata saya. Lahawlawalaquwwatailla billah.

Allahu A'lamu bissawab.

(bersambung)...

Wednesday, August 25, 2010

Jejak Sumur Kemboja (2)


Madrasah Mosolla Al-Mubarik, Kampung Khlangsbak

Kami di sambut oleh Ustaz AbdusSamad, Presiden Yayasan Al-Rahmah Kemboja di lapangan terbang antarabangsa Phnom Penh pada petang 19 Ogos itu. Pesawat kami mendarat pada kira-kira jam 4.30 petang. Kami terus di bawa ke kampung beliau kira-kira 1 jam dari kota Phnom Penh dengan sebuah kereta sewa yang dipandu abang beliau yang bernama Romli. Kami bermalam di rumah beliau pada malam itu.

Rumah Ustaz AbdusSamad betul-betul bersebelahan dengan Madrasah Musolla Al-Mubarik. Malah, ada jambatan dari tingkat atas rumah beliau ke ruang atas musolla. Kata seorang sahabat Malaysia (seorang businessman dan juga penyumbang wakaf telaga) yang mengikuti saya ke Kemboja... "ana teringat masa zaman Rasulullah dulu... di mana rumah-rumah Nabi itu bersambung dengan masjid..". Madrasah ini diasaskan oleh arwah bapa beliau dan dia mewarisi madrasah ini. Madrasah ini bolehlah dikira berfungsi sebagai many-in-one. Di sinilah tempat orang-orang kampung berkumpul, mengaji, solat, khenduri dan sebagainya. Dari kanak-kanak kecil, remaja dan orang dewasa, pelbagai kelas-kelas pengajian di atur oleh Ustaz AbdusSamad untuk mereka. Memang jelas dari pemerhatian saya, ustaz dipercayai dan sangat dihormati oleh semua orang di kampung ini walaupun umurnya masih muda baru dalam lingkungan 36 tahun.

Anak-anak kecil perempuan yang datang belajar di madrasah. Anak-anak Kemboja memang comel-comel dan cantik-cantik belaka.

Kelas pengajian untuk anak-anak remaja perempuan di bawah surau.

Nampak macam ok-ok aje madrasah ini. Namun sebenarnya terlalu banyak ranjau di dalam pembinaannya. Sedikit demi sedikit dengan dana yang ada, ianya dibentuk dari sebuah yang sangat dhaif kepada yang sederhana seperti yang sekarang ini. Malah renovasi yang terakhir dibuat ialah untuk membuat bumbung di atas bumbung konkrit di tingkat satu kerana ianya terlalu panas. Mereka masih lagi berhutang dengan kontraktor sebanyak USD 700. Mereka bertawakkal sahaja, mencari dana sedikit demi sedikit untuk membayar hutang tersebut kepada kontraktor yang alhamdulillah sangat memahami dan sanggup berkorban... masyaALlah....

Atas permintaan khas saya, akan ditambah perkataan "MALAYSIA" nanti di nama surau ini.

Dengan kuasa ALlah SWT, selesai berbuka bersama-sama jamaah (kami sponsor majlis berbuka tersebut) dan bertarawikh, sahabat saya dengan tiba-tiba telah memberikan USD700 kepada ustaz untuk melangsaikan hutang dengan kontraktor tersebut. Tak tidur malam ustaz rupa-rupanya kerana terlalu terharu dengan penyelesaian yang datang secara tiba-tiba dari Allah SWT. Bayangkanlah, dia bercerita dengan saya yang dia pernah ke Malaysia untuk minta bantuan tetapi apa pun tak dapat kecuali USD100 dari ACT. Ke sana ke mari beliau pergi, namun tidak berjaya. Tiba-tiba sahaja....selesai! Alhamdulillah. Inilah namanya "wayarzuqhu min hai thu laa yahtasib.." - rezeki yang datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Esoknya saya secara berjenaka meminta ustaz menambah satu lagi perkataan kepada madrasah beliau.... iaitu... "MALAYSIA"!. Ustaz sangat-sangat bersetuju, katanya akan ditambah perkataan Malaysia di situ. Mana aci... Indonesia punya nama ada! Malaysia tak ada?? :-) Perkataan Indonesia itu juga ada sejarahnya beberapa tahun yang lalu. Ringkasnya sebahagian dari kos pembinaan surau ini disumbang oleh seorang anggota parlimen dari Indonesia yang kebetulan masuk kampung orang Islam untuk melihat-lihat. Bila dia nampak satu bangunan seakan-akan musolla, dia singgah dan terus beri bantuan kewangan. Jadi ustaz menambah nama Indonesia di nama madrasah beliau. Sekarang, ada tambahan lagi... MALAYSIA.. :-)... me and my big mouth.. :-)

Sebahagian kanak-kanak dan kaum wanita yang makan di bahagian bawah surau.

Manakala jemaah lelaki pula di atas. Ini gambar dengan sebahagian jamaah.

Berbalik kepada berbuka puasa pulak, ada satu cerita lucu. Kami berbuka puasa dengan jamaah dan orang kampung. Rasanya kalau campur kanak-kanak dan orang perempuan ada dalam 150 orang lebih. Makanan berbuka puasa kami ialah bubur (macam bubur lambok) dan bubur manis (ada semacam cendol di dalamnya). Minuman pula.... radix cola! Haa... rupa-rupanya rata-rata bagi orang kampung minuman bergas ni semacam satu 'delicacy', bila ada special occasion (dan ada bajet) mereka akan ambil peluang minum minuman ini. Kebetulan ada pula radix cola dijual, apa salahnya.. :-). Selesai makan bubur kami terus solat dan setelah itu terjadilah kisah lucunya. Saya dan sahabat saya tertunggu-tunggu makanan untuk 'second-round', tapi tak muncul-muncul. Risau kami dibuatnya tapi segan nak tanya pula! Rupa-rupanya itulah sahaja yang biasanya orang Kemboja makan untuk berbuka. Yang lain-lain tu ikut kemampuan sendiri. Kami makan nasi lepas tarawikh yang disediakan isteri ustaz di rumah ustaz dan ketika itu barulah saya bertanya. Kata ustaz, penduduk-penduduk kampung rata-rata miskin. Jadi, makan seperti berbuka puasa itu kira dah oklah dan menjadi kebiasaan. Mereka tak makan nasi seperti kita bila berbuka. Di rumah ustaz ada seguni beras yang memang beliau sediakan untuk orang-orang miskin yang datang minta bantuan. Ustaz ni pun bukannya orang senang, tiada bergaji. Yang ada hanyalah harta peninggalan arwah ayah beliau; rumah dan madrasah itu.

Saya sangat mengkagumi kesungguhan dan ketokohan ustaz ini...

(akan bersambung)....

Jejak Sumur Kemboja (1)

Wajah anak-anak miskin Kemboja

Final QC Test oleh yours truly ... :-)

antara mereka yang memerlukan dan menerima telaga...

Salam~

Saya telah bermusafir ke Kemboja dari 19 hingga 22 Ogos yang lalu. Tujuan utama saya ke sana ialah untuk melihat implementasi projek Telaga yang telah diamanahkan oleh para penyumbang dan juga melaksanakan program berbuka puasa selama 3 malam berturut-turut amanah dari sekumpulan donor dari Sarawak. Telaga untuk Kemboja ada 30 setakat ini dan saya ingin melihat sekurang-kurangnya 10 telaga yang telah dilaksanakan.

Ini bukan kali pertama saya ke Kemboja. Kali pertama dulu ialah pada tahun 2007 pada hari Eidul Adha kerana membawa sebuah NGO dari Indonesia, Dompet Dhuafa melaksanakan qurban sebanyak 300 bahagian di Kampung Cham dan sekitarnya. Namun, kali ini ianya agak berbeza kerana kali ini saya membawa NGO saya sendiri, ACT Malaysia. Memang saya sering mengatakan kepada kawan-kawan bahawa keterlibatan saya dengan umat Islam Kemboja ini secara 'accident'. Mula-mula.tolong sikit, kesian... tolong sikit... kesian, akhirnya jadi satu dari aktiviti ACT pula! Ada juga kawan-kawan yang tanya, aiii.. dah masuk Kemboja ke? ingatkan Mindanao aje? :-)

Memanglah Mindanao itu sangat dekat di sudut hati saya. Sebab utama ialah kerana tidak banyak yang membantu dan sanggup membantu mereka yang di sana secara berterusan. Tiada rezeki bagi Mindanao, ianya sentiasa berada di luar 'radar' NGO-NGO Islam di Malaysia ataupun seluruh dunia. Bagi saya pula, I will always help the underdogs or rather underprivelleged and the forgotten ones insyaALlah :-)

Takdir Allah SWT memang kita tidak boleh lari darinya. Sedikitpun tidak saya sangka yang perjalanan saya ke Kemboja kali ini akan merubah perspektif saya terhadap aktivisma kemanusiaan di sana.


(akan bersambung).....

Dato' Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia
www.actmalaysia.org.my