Thursday, August 26, 2010

Jejak Sumur Kemboja (3)

Dzulkifli yang baju berlengan pendek itu.

Bertemu "Said Al-Ghamidi" Kampung Khlangsbak.

Malam pertama itu, kami bertarawih di surau diimamkan oleh seorang imam muda, anak murid ustaz yang bernama Dzulkifli yang baru sahaja berumur 17 tahun. MasyaAllah, suaranya merdu sekali. Sejuk hati saya mendengarnya. Bagi saya suara beliau hampir-hampir menyamai Sheikh Said Al-Ghamidi! Sedap betul. Terasa macam kat masjid Nabi di Madinah pulak. Rupa-rupanya kat kampung ni pun ada clone AlGhamidi! Namun, yang menarik perhatian saya ialah 'kejernihan' suaranya yang tentunya datang dari hati yang suci dan tidak tercemar.

Yang lebih menarik lagi selepas 8 rakaat tarawikh, Dzulkifli juga yang memberi tazkirah kepada kami para jamaah! Kalau dari pemerhatian saya dia ni semacam sudah biasa memberi tazkirah atau ceramah. Tak nampak gugup. MasyaAllah... ini hasil usaha gigih tarbiyyah ustaz.

Esoknya selesai sahaja solat subuh, saya mengambil peluang untuk bersembang dan beramah mesra dengan beliau. Kata ustaz, Dzulkifli ni dari keluarga yang susah dan bermasalah. Ayahnya kurang prihatin terhadap keluarga dan ibunyalah yang menguruskan segala urusan rumahtangga. Namun, dia tidak terkesan dengan keadaan tersebut kerana minatnya terhadap agama sangat tinggi sekali. Di mana-mana sahaja dia menyarung headphone di telinganya mendengarkan bacaan mp3 surah-surah alQuran oleh qari-qari terkenal seperti Al-Ghamidi, Mahmud Khusairy, dll. dari handphonenya. Kami pun berkata kepada ustaz yang kalau dia ni datang ke Malaysia pada bulan Ramadan, insyaAllah senang-senang RM 2-3 ribu boleh dapat dengan hanya dengan menjadi imam tarawikh dengan kualiti suara beliau. Orang Malaysia ni memang suka imam-imam muda yang sedap bacaannya. Tambahan pula dia dari Kemboja, tentunya hati para-para jamaah lebih lembut terhadap beliau.

Tiba-tiba saya mendapat satu idea. Saya kata, "Ustaz, izinkan saya merakam bacaan Dzulkifli. InsyaAllah saya akan bawa video ini ke Darul Quran mudah-mudahan mereka menerima dia sebagai pelajar. Manalah tahu ada rezeki nanti... Dengar cerita Pengetua Darul Quran tu sahabat kita". Ustaz pun bersetuju dan kamipun membuat rakaman. Sila lihat klik video untuk mendengar suaranya . Maaflah, saya tidak tahu nak menegakkan video itu, ambil suaranya ajelah ya... :-). Ada 3 lagi video remaja kampung itu yang membaca alQuran yang kami ambil mudah-mudahan mereka pun dapat masuk juga ke Darul Quran. Suara mereka memang sedap juga tetapi tidak setanding Dzulkifli.


Kami sama-sama berharap dengan video ini (dan satu lagi video selama 20 minit) cukup sebagai c.v. awal beliau untuk memohon ke Darul Quran atau institusi yang sewaktu dengannya. Ada juga idea dari saya, "kita tunjuk video ni kepada Pak-pak Arab melalui Jo sahabat saya yang banyak contact dengan Pak-pak Arab kaya, tentu mereka cair punya insyaAllah..., ana sendiri pun rasa nak menangis dengar dia baca Quran.. ", kata saya. Lahawlawalaquwwatailla billah.

Allahu A'lamu bissawab.

(bersambung)...

No comments:

Post a Comment